Saturday, February 23, 2013

Aku dan Duniaku.......: Chef Papa Recipe - Curry Mee My Way

Aku dan Duniaku.......: Chef Papa Recipe - Curry Mee My Way:   Curry Mee My Way Resepi 1. Bahan2 untuk dikisar halus:     2 Biji Bawang Besar     6 Biji Bawang Merah     5 Biji Bawang ...

Chef Papa Recipe - Curry Mee My Way



Curry Mee My Way
Resepi
1. Bahan2 untuk dikisar halus:
    2 Biji Bawang Besar
    6 Biji Bawang Merah
    5 Biji Bawang Putih
    2 Batang Serai
    2 Inci Lengkuas
    2 Inci Halia
    5 Biji Buah Keras
    4 Biji Cili Merah Segar
    10 Tangkai Cili Kering
     Sedikit Belacan
2. Serbuk Kari Ikan Baba's
3. Satu Cawan Santan Segar
4. Minyak untuk menumis.
5. Garam dan Gula.
6. Sos Cili dan Sos Tomato
7. Air dan Kiub Stok Ayam/Daging/Ikan Bilis
9. Bebola Ikan.
10. Bahan2 lain - Semasa menghidang.
    Mee Kuning atau Kuey Teow atau Mee Hoon
    Cili Hijau segar - dimayang
    Cili Merah segar - dimayang
    Taugeh mentah
    Daun Sawi - dicelur
    Telor Rebus - dibelah dua atau kalau nak menarik lagi "Poach Egg"
    Tauhu segar - digoreng dan dipotong dadu
    Bawang Goreng
    Daun Bawang dan Daun Sup
    Limau Kasturi atau Limau Nipis
11. Cara Memasak:
    i. Panaskan minyak dan masukkas semua bahan yang dikisar.
       Masak sehingga pecah minyak.
   ii. Masukan Serbuk Kari Ikan yang telah dibancuh bersama sedikit air.
  iii. Masak sehingga agak2 garing.
  iv. Masukkan air serta Kiub Stok Daging/Ayam/Ikan Bilis.
       Biarkan sehingga mendidih.
  v.  Masukan Santan Segar  bersama Bebola Ikan. Perlahankan api.
  vi. Masukkan sedikit Gula dan Garam.
  vii. Masukkan sedikit perahan Jus Limau Kasturi.
12. Menghidang:
   i. Masukkan Mee Kuning yang telah dicelur ke dalam Mangkuk.
  ii. Sendukkan Kuah yang masih panas2 tu ke dalam Mangkuk.
 iii. Hiaskan dengan semua bahan2 untuk menghidang.
     Perah sebiji Limau Kasturi ke atas kuah.

Siap....Selamat mencuba resepi saya yang tidak seberapa ni.

Friday, February 22, 2013

Manchester United or Real Madrid?

Perlawanan timbal balik ke-2 antara Manchester United menentang Real Madrid akan berlangsung pada 5 March 2012. Terikat 1-1 di Estadio Santiago Bernabeu menjanjikan saingan sengit dan lebih menarik pada pertemuan ke 2 di Old Trafford, Manchester. Mengimbas kembali pertemuan pertama tempohari, Real menguasai lebih banyak bola namun sukar menembusi pertahanan United yang kental bertahan dan mengekang semua pergerakan Real. United hampir2 mengejutkan Real jika tidak kerana RVP miskicked peluang terbaik pada hujung perlawanan. Untuk pertemuan kedua ini saya menjangkakan perlawanan seimbang, namun memilih dan mengharapkan United menang untuk melangkah ke pusingan suku akhir dan menjuarai edisi tahun ini...Go United...GGMU!!!!!!!!

Danny Welbeck glancing header..United drew first blood.

Welbeck celebrates.....I have been so critical of Welbeck..He was immensed against Real.

CR7's equalized with a thumping header...Look at the jump and the hang time...Evra was left standing and De Gea was left grasping the thin air.
Master and his pupil...Touchy moment.

Passion

Golf...Golf..Golf and more Golf...Sukan yang aku 'pick up' semasa berada di Nottingham, United Kingdom bersama keluarga di sana selama 4 tahun...Bermula hanya suka-suka bersama teman2 di sana akhirnya menjadi satu kegilaan dan melekap dalam diri aku..Buku,DVD serta Video lessons yang berlambak2 di Youtube menjadi rujukan untuk meningkatkan kemahiran memukul bola golf...Green Fees yang murah di UK menjadi seperti satu intensif untuk bermain golf pada off days aku...Untuk bermain di Golf Club yang baik aku juga melanggan kupon "2-Fore-1" yang membolehkan aku bermain pada bayaran diskaun 50%...Sesuatu yang aku rasa tiada di negara kita..
Masa banyak dihabiskan di lapang sasar golf untuk memantapkan pukulan dan ayunan...Bagaimanapun kehebatan sebenar hanya boleh dirasai bila bermain di padang golf sebenar..Tekanan untuk memastikan setiap pukulan padu dan tepat ke sasaran adalah seperti satu nikmat kepada kaki2 golf..Golf boleh membahagiakan dan membuat seseorang itu menangis kecewa...
Kecederaan lutut serta masalah sakit belakang telah banyak menyekat atau membantutkan minat aku dalam sukan ini...Aku masih lagi belum lagi bermain di mana2 golf club selepas pembedahan lutut pada bulan Oktober tahun lepas...Walaubagaimanapun,aku sedang giat melakukan persiapan untuk bermain di acara tahunan Honda Classic Golf anjuran Honda Malaysia pada 17 March nanti..Ini percubaan ke 3 aku dalam kejohanan ini,harap2 ada rezeki kali ini.







One for the Album...Bersama rakan sekolah,rakan sekampung dan sebaya...Amran Mohamad.

Yours truly swing one away.
Jack "The Golden Bear" Nicklaus...All time best.
Tiger Woods...Mencetus satu fenomena dalam sukan golf semasa awal kemunculannya..Trade mark Fist Pump yang biasanya ada pada sukan sukan lain menjadi ikutan ramai golfers lain dan menjadikan sukan ini lebih meriah.

Wish i was here...I can play golf all day.


Pak Din Ikan Bakar - Depan Pusat Kesihatan Tanglin,Kuala Lumpur

Dah lama aku tak berkunjung ke Gerai Pak Din Ikan Bakar ni...Gerai ni letaknya berhadapan dengan Pusat Kesihatan Tanglin, tak jauh dari Bukit Aman..Biasanya jika ada kelapangan aku bersama isteri dan anak2 ke sini pada hujung minggu. Keenakan ikan bakar Pak Din ni sebab penggunaan bara arang yang agak sukar ditemui di KL ni. Kebanyakan gerai atau restoran membakar ikan di atas "Flat Steel Plate" dengan ikan diletak atas daun pisang untuk memberi aroma yang boleh membangkitkan selera. Bagi aku, itu last resort kalau desperate sangat nak makan ikan bakar. Terdapat beberapa jenis ikan di gerai Pak Din seperti Kembong,Terubuk,Cencaru,Keli,Sotong dan Udang. Air Asamnya juga not bad,personally aku suka kalau lebih cili diletakkan di dalam air asamnya.
Ikan Pari Bakar....Kesukaan ku.

Look at Adrian...Hingga licin pinggan.



Sotong Bakar...Sedap!!!




                                          

 

  
Ikan Kembong Bakar dengan Air Asam.

Ikan dibakar menggunakan Bara Arang...Original.






Monday, February 18, 2013

2013 is here....



2013 is almost 2 months old now. Check, have i achieved anything at all in 2012. Well something but rather not spectacular. Me and my missus managed to complete, well almost, our very own 2-storey Bungalow in Desa Damai Putra near Bandar Baru Bangi. The project has really taken its toll on our pockets(mine is really dried up know). Credit to my missus who took all the trouble and time to manage and close supervise this project. We have still need to get our car porch built as soon as we can. Kitchen needs the cabinets,rooms need the wardrobes, new beds etc...hmmmmmm...i am hungry for more cash!!!!!!