![]() |
| Curry Mee My Way Resepi |
1. Bahan2 untuk dikisar halus:
2 Biji Bawang Besar
6 Biji Bawang Merah
5 Biji Bawang Putih
2 Batang Serai
2 Inci Lengkuas
2 Inci Halia
5 Biji Buah Keras
4 Biji Cili Merah Segar
10 Tangkai Cili Kering
Sedikit Belacan
2. Serbuk Kari Ikan Baba's
3. Satu Cawan Santan Segar
4. Minyak untuk menumis.
5. Garam dan Gula.
6. Sos Cili dan Sos Tomato
7. Air dan Kiub Stok Ayam/Daging/Ikan Bilis
9. Bebola Ikan.
10. Bahan2 lain - Semasa menghidang.
Mee Kuning atau Kuey Teow atau Mee Hoon
Cili Hijau segar - dimayang
Cili Merah segar - dimayang
Taugeh mentah
Daun Sawi - dicelur
Telor Rebus - dibelah dua atau kalau nak menarik lagi "Poach Egg"
Tauhu segar - digoreng dan dipotong dadu
Bawang Goreng
Daun Bawang dan Daun Sup
Limau Kasturi atau Limau Nipis
11. Cara Memasak:
i. Panaskan minyak dan masukkas semua bahan yang dikisar.
Masak sehingga pecah minyak.
ii. Masukan Serbuk Kari Ikan yang telah dibancuh bersama sedikit air.
iii. Masak sehingga agak2 garing.
iv. Masukkan air serta Kiub Stok Daging/Ayam/Ikan Bilis.
Biarkan sehingga mendidih.
v. Masukan Santan Segar bersama Bebola Ikan. Perlahankan api.
vi. Masukkan sedikit Gula dan Garam.
vii. Masukkan sedikit perahan Jus Limau Kasturi.
12. Menghidang:
i. Masukkan Mee Kuning yang telah dicelur ke dalam Mangkuk.
ii. Sendukkan Kuah yang masih panas2 tu ke dalam Mangkuk.
iii. Hiaskan dengan semua bahan2 untuk menghidang.
Perah sebiji Limau Kasturi ke atas kuah.
Siap....Selamat mencuba resepi saya yang tidak seberapa ni.

No comments:
Post a Comment